Terma & Syarat

Pengenalan

Selamat datang ke kedai dalam talian “Lapandekar”. Terma dan syarat yang dinyatakan di bawah terpakai kepada semua pelawat dan pengguna laman web www.lapandekar.my. Dengan melayari laman ini, anda bersetuju untuk terikat dengan semua terma dan syarat yang ditetapkan.

Umum

Kandungan terma dan syarat ini boleh diubah, dipinda atau dipadam pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. “Lapandekar” berhak untuk membuat perubahan terhadap kandungan laman ini. Sekiranya terdapat pelanggaran terhadap peraturan atau syarat ini, tindakan sewajarnya akan diambil dengan serta-merta terhadap pelanggar.

Kandungan Laman & Hak Cipta

Kecuali dinyatakan sebaliknya, semua bahan seperti imej, ilustrasi, reka bentuk, ikon, gambar, video, klip dan bahan bertulis yang dipaparkan di laman ini adalah hak cipta, tanda dagangan atau harta intelek yang dimiliki, dikawal atau dilesenkan oleh “Lapandekar”.

Komen & Maklum Balas

Segala komen dan maklum balas hendaklah dihantar ke emel rasmi kami di admin@lapandekar.my.

Pengguna tidak dibenarkan menghantar komen yang melanggar hak mana-mana pihak ketiga termasuk hak cipta, tanda dagangan, privasi atau hak milik peribadi. Komentar yang bersifat lucah, kasar atau menyalahi undang-undang juga tidak dibenarkan. Setiap komen yang dihantar adalah tanggungjawab pengguna sepenuhnya.

Maklumat Produk

Kami tidak dapat menjamin bahawa paparan produk di skrin anda adalah seratus peratus sama dengan produk sebenar. Warna atau persembahan mungkin berbeza bergantung kepada paparan skrin pengguna.

Surat Berita (Newsletter)

Dengan melayari laman ini, pengguna bersetuju untuk menerima emel mengenai berita terkini, produk baharu dan promosi daripada pihak “Lapandekar”.

Pampasan (Indemniti)

Pengguna bersetuju untuk melindungi dan tidak menyalahkan “Lapandekar” daripada sebarang tuntutan, kerugian, kerosakan atau kos termasuk yuran guaman yang timbul akibat penggunaan laman ini.

Pautan ke Laman Lain

Sebarang pautan ke laman web pihak ketiga adalah atas risiko pengguna sendiri. “Lapandekar” tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang berlaku hasil dari kandungan atau transaksi di laman pihak ketiga.

Maklumat Tidak Tepat

Kadangkala mungkin terdapat kesilapan seperti kesalahan ejaan, harga tidak tepat, keterangan produk yang tidak lengkap dan sebagainya. Kami berhak untuk membetulkan sebarang maklumat tanpa notis awal. Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan produk yang diterima, sila pulangkan semula bersama resit pembelian.

Penamatan Akaun

Perjanjian ini akan terus berkuat kuasa melainkan ditamatkan oleh pelanggan atau oleh pihak “Lapandekar”. Kami berhak menamatkan akses pengguna tanpa sebarang notis sekiranya didapati tidak mematuhi mana-mana terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Bayaran

Semua barangan yang dibeli tertakluk kepada bayaran sekali sahaja. Pembayaran boleh dilakukan melalui pelbagai kaedah seperti Visa, MasterCard dan pembayaran dalam talian.

Kad pembayaran tertakluk kepada semakan pengesahan dan kebenaran oleh pengeluar kad. Sekiranya kami tidak menerima kebenaran yang diperlukan, kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kelewatan atau kegagalan penghantaran pesanan anda.